Antara Sabar & Mengeluh
Sahabat,
pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji
di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang
bersinar dan berseri wajahnya.
“Demi
Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita
itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih
hati.” Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia
bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap
terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan
seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.”
Abu
Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu ?” Wanita itu
menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing
korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain
dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat
makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, “Hai
adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing
?”
Jawab
adiknya, “Baiklah kalau begitu ? Lalu disuruh adiknya baring dan
disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan
setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di
sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu
sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar
mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi
air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena
ke badannya habis melecur kulit badannya.
Berita
ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah
lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku
tinggal sebatang kara di antara mereka semua.” Lalu Abul Hassan
bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat
hebat itu ?”
Wanita
itu menjawab, “Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar
dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang
berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik
dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat
ganti yakni sia-sia belaka.”
Demikianlah
cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana
kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap
orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan
dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
”Tidak
ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari
ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.” Begitu juga
mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya
haram.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
”Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.” Dan sabdanya pula, ” Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat oleh Imam Majah)
”Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.” Dan sabdanya pula, ” Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat oleh Imam Majah)